Follow Us @soratemplates

Sunday, 2 July 2017

SHRMZB!

Assalamualaikum wbt! Weeewww!


It's raya and am pretty sure every single Muslim earthlings is excited to celebrate this festive. Before that,

"Saya, Nurul Harzira dan suami keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat yang kenal mahu pun tidak. Sekiranya ada salah silap, tersinggung perasaan, terguris hati, termakan or minum, hutang yang tidak berbayar *ini boleh message atau Whatsapp*, mohon maaf dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Salam 0-0."

So this year Alhamdulillah meriah sangat berbanding dulu-dulu. Because previously I was expecting nothing for every raya coz hurmm. But this year Alhamdulillah baru rasa raya ni best sangat. 


(Dari kiri atas: Along, Angah, Me
Dari kiri bawah: Abah, Mak)

Here I present to you my mini family! Tema raya kali ni Blue-Turquoise. Baju raya sepasang je ye sorang since mak Tailor so time tak raya pun dapat baju baru wiwiwiw. 

By the way baju mak tu sebenarnya sama dengan kitorang hahahaha. Ada #TragediRaya2017 untuk raya kali ni. Masalah teknikal katanya. Begini ceritanya; Hari Rabu malam sebelum raya, along bawak balik baju dia je. Malam tu aku baru balik rumah aku cakap la dekat along, "Along pakai tengok baju nak tengok." Tapi dia ni degil piang tak pakai baju tu. Ended up baju tu dalam almari dia. Then angah balik Jumaat malam tu. Lepas ambil angah kat Ipoh, malam tu angah try baju dia (yang dia ambil atas kerusi). Kat kerusi tu ada 3 helai baju, baju aku mak dan angah. Then angah ambil dan pakai. "Mak kenapa baju angah besaq sangat?" angah tanya mak sambil pakai. OBVIOUSLY BESAQ GILA NAMATEY. Mak cakap angah kurus kot. LOL baru pegi kerja 2 minggu hahahah takkan dah kurus gila dah. Then tak pikir panjang mak cakap okay esok pi kedai kita kecikkan baju angah. Time tu pukul 2 lebih dan kitorg masih tak tido. Banyak lagi nak buat sebenarnya. 

Tuptup pagi raya angah iron baju raya then dia jerit "Makk!! Baju angah dah ada. Baju along yg along simpan tu baju angah!!" Huhu ended up yang kecikkan tu sebenarnya baju along. So along takda baju huhuhuhuhuhu. Mak pun dengan redha nya bagi baju dia dekat along. Baiknya mak :') Nasib baik ada baju matching untuk tangkap gambar. Kalau tak...kena marah dengan abah. 







Ramai sanak-saudara datang this year. Penat tu fuh takyah nak cakap, tak menyempat. Bila berangan time mandi, tetiba Along datang kat bilik air, "Jia ni kawan abah mai" "Jia ni Paksu mai" "Jia ni" "Jia tu" hikhok. Dari 1st Syawal sampai 5th Syawal tetamu Alhamdulillah non stop hahaha. Ni la nikmat raya. Kunjung mengunjung. "Yang kita tak kenal jadi kenal. Yang jauh jadi dekat. Yang dekat jadi rapat." bak kata Ustaz Nazri kat MRSM dulu hewhew.



(Gambar ni sebenarnya tak semua join sbb ada yang tak balik kampung lagi)


(Pak Su Man aka Osman Ali pun datang dengan Mak Su Aisyah. Spe nak jadi retis boleh contact dia. Director Ombak Rindu ni hahaha)

Dalam keriangan menyambut Syawal, jangan lupa pada yang sudah tiada. Tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini. Sentiasalah kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana. 

Al Fatihah
Hj Hasan B. Ali
Hajah Som Binti Lebai Man
Hj Osman Bin Awang
Tok Kalthum
Pak Njang Mad
Pak Njang Din
Adik Haziq
dll




Tu je kot update blog setakat ni *Acah ramai readers je* Next update is review about Benton toner! Till next ya! Love!

- Z


No comments:

Post a Comment